Sinopsis :
APABILA menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng (pekerja penambang perahu) di Penambang Sampan Sungai Kemunting, Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar.
Sebelum sampai ke rumah Pendekar Mustar, mereka telah bertemu dan mengekori Rosnah (kebetulan pula dia anak Pendekar Mustar) yang pulangke rumah setelah habis mengajar (menjadi guru) di Sekolah Umum Buta Huruf di Kampung Pinang Sebatang itu.
Kerana tidak suka dengan perangai Ramlee, Sudin dan Aziz ketika mengusik dan mengekorinya sampai ke rumah, Rosnah mengadu kepada bapaknya (Pendekar Mustar) yang mereka bertiga itu menganggunya dan menuduh sebagai pencuri. Oleh yang demikian, Pendekar Mustar mencabar Ramlee, Sudin dan Aziz untuk berlawan silat. Bagaimanapun, hatinya lembut apabila mereka berjaya mematikan langkah Pendekar Mustar (dengan mengangkat dan mendukungnya) serta menyatakan hasrat kedatangan mereka untuk belajar silat.
Tindakan Pendekar Mustar itu telah membuatkan Rosnah marah. Dan bila bertemu dengan emaknya Rosnah berkata: "Bencilah bapak tu, bila jumpa orang terus bawa naik rumah". Begitu pun juga, bila emaknya bertemu dengan Ramlee, Sudin dan Aziz dia menyukai mereka juga. Sikap Rosnah menjadi masalah bukan saja kepada Pendekar Mustar tetapi juga Ramlee, Sudin dan Aziz.Ramlee, Sudin dan Aziz dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya telah menewaskan ke semua samseng-samseng itu termasuklah ketuanya, tauke sampan. Ros dapat diselamatkan. Di atas keberanian mereka itu menentang samseng-samseng beserta menangkap ketuanya dan menyelamatkan Ros, Pendekar Mustar menggelarkan Ramlee, Sudin dan Aziz – "Pendekar Bujang Lapok".
Size : 137 Mb |
Passwords Mediafire : chimeraspace.blogspot.com (if needed)
3 komentar:
cihuuyy. .
Akhirnya. . .
IZIN RAMPOOKK GAN,
:D
oo ya,
1 lg gan, ntr klw ad nih.
upload jga seniman bujang lapok yak.
Sblmnya
Thx 1.000.000x
:D
@Anonim: haha.. jangan mpe ketinggalan sidik jarinya Gan. ane juga suka ama film jadul ini. sangat fresh ;)
Posting Komentar